Puasa bukan sekadar rukun, medan bina takwa dan jati diri – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ibadah puasa sepanjang Ramadan tidak wajar dilihat sekadar memenuhi tuntutan rukun semata-mata, sebaliknya perlu dihayati sebagai proses pembinaan sahsiah dan peningkatan ketakwaan.

Anwar berkata, Ramadan adalah ruang tarbiah yang membentuk keperibadian insan melalui pengukuhan hati nurani serta kesedaran rohani yang mendalam terhadap tanggungjawab kepada Allah SWT.

Menurut beliau, nilai takwa yang menjadi matlamat utama Ramadan hanya dapat dicapai apabila umat Islam melaksanakan ibadah dengan penuh keinsafan, disiplin dan kesungguhan.

“Sehubungan itu, motivasi dalam melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah yang bukan sahaja menggapai cita-cita ukhrawi.

“Tetapi pada masa sama akan meningkatkan disiplin kendiri, keinginan berkerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau juga mengingatkan bahawa usaha memperbaiki diri menuntut komitmen berterusan, selari dengan janji Allah SWT kepada golongan yang bersungguh-sungguh dalam mempertingkat amalan.

Firman Allah SWT: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (Al-‘Ankabut : 69)

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa syukur kerana sekali lagi diberi peluang untuk menyambut Ramadan yang dinanti-nantikan umat Islam.

Perdana Menteri turut berkongsi hadis yang diriwayatkan daripada Talhah bin Ubaidillah RA berhubung doa Rasulullah SAW ketika melihat anak bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200