85 peratus kes tibi di Malaysia libatkan rakyat tempatan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) yang direkodkan di negara ini membabitkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus lagi melibatkan warga asing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah kes dalam kalangan warganegara ketika ini adalah lebih tinggi berbanding bukan warganegara, sekali gus menolak persepsi bahawa penularan penyakit itu berpunca daripada kemasukan warga asing.

“Ini bermakna risiko penularan dalam komuniti kita adalah nyata dan tidak boleh dipandang enteng,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, tibi bukanlah penyakit baharu dalam landskap kesihatan awam negara, sebaliknya telah lama wujud dan kekal sebagai penyakit endemik yang memerlukan perhatian serta kerjasama semua pihak.

Dzulkefly berkata, tibi bukan sekadar isu klinikal, malah berkait rapat dengan faktor sosioekonomi seperti kesesakan penempatan, keadaan perumahan yang kurang baik serta kekurangan zat makanan.

“Kuman Mycobacterium Tuberculosis ini sangat degil, namun berita baiknya, ia boleh dicegah, boleh dirawat dan boleh sembuh sepenuhnya jika dikesan awal serta pesakit patuh kepada rejimen rawatan antibiotik selama sekurang-kurangnya enam bulan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat supaya lebih peka terhadap gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam atau berpeluh pada waktu malam serta susut berat badan, dan segera mendapatkan pemeriksaan serta rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak memulaukan pesakit tibi, sambil menegaskan bahawa sokongan emosi daripada keluarga dan komuniti adalah kunci utama bagi memastikan pesakit melengkapkan rawatan.

Katanya, sebagai langkah pencegahan, ibu bapa diseru memastikan anak menerima imunisasi Bacillus Calmette-Guérin (BCG), selain mengamalkan gaya hidup sihat dan memastikan pengudaraan rumah berada dalam keadaan baik.

“KKM komited memperkasakan strategi pengesanan aktif dan bekerjasama dengan pelbagai agensi melalui pendekatan whole-of-government bagi menamatkan endemik tibi di Malaysia. Sama-sama kita lindungi keluarga dan komuniti kita,” katanya.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200