Nilai ringgit dijangka kembali meningkat

PUTRAJAYA – Ringgit dijangka dalam kecenderungan menaik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berpendapat ringgit berkemungkinan cuba menembusi paras sokongan pada 4.3000, sekiranya dolar AS terus mengalami penurunan berikutan data pekerjaan lebih lemah.

Data Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) AS pada Jumaat hanya mencapai 142,000 pekerjaan pada Ogos, jauh di bawah jangkaan konsensus paras 165,000 pekerjaan, walaupun meningkat daripada 114,000 pekerjaan yang dicatatkan pada Julai.

“Kami menjangkakan ringgit akan terus menunjukkan arah aliran yang sihat memandangkan data NFP lebih rendah daripada jangkaan, dilihat sebagai faktor penyumbang kepada prestasi ringgit.

“Bagaimanapun, pasaran juga akan menumpukan terhadap data utama minggu depan iaitu data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dan Indeks Harga Pengeluar (IHP) untuk menilai inflasi serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 Jepun dan IHP China, perdagangan dan pinjaman baharu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes, berkata memandangkan pasaran pekerjaan AS semakin reda, ia boleh memberikan sokongan kepada ringgit.

“Kedudukan ringgit minggu depan bergantung kepada data NFP terutamanya jika ia jatuh di bawah paras 150,000 (lebih rendah daripada konsensus paras 165,000), ia akan membantu mengukuhkan ringgit,” katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit merosot kepada 4.3275/3330 berbanding dolar AS daripada 4.3185/3225 minggu sebelumnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan jatuh berbanding euro kepada 4.8087/8148 daripada 4.7862/7906 minggu lalu, turun berbanding pound Britain kepada 5.7010/7083 daripada 5.6939/6992 sebelumnya dan menguncup berbanding yen Jepun kepada 3.0296/0337 daripada 2.9754/9784 sebelum itu.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Related Posts

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16