Selangor berjaya capai sasaran noktah miskin tegar – MB

SELANGOR berjaya mencapai sasaran menoktahkan miskin tegar pada Julai lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, kejayaan itu merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak antaranya Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan.

“Kita sudah capai (sifar miskin tegar) berdasarkan data terakhir tetapi setiap suku tahun kita akan dapat data baru, jadi mungkin ada beberapa perubahan.

“Ini kerana ada rakyat yang mungkin berubah tahap kehidupan sebagai contoh hilang kerja, sakit dan sebagainya. Sebab itu perlu selalu buat semakan,” katanya pada sidang media di Selayang, semalam.

Jun lalu, Amirudin menyasar menoktahkan kemiskinan tegar di Selangor berdasarkan bilangan 245 keluarga yang masih berada dalam kategori miskin tegar ketika ini berbanding 861 direkodkan pada April.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan sasaran asal dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi menghapus miskin tegar menjelang 2025, namun disingkatkan pada tahun ini.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk membasmi kemiskinan menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat.

Kerajaan Perpaduan turut memperuntuk RM1.5 bilion dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12 untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar.

Related Posts

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16