Bayaran dam prasyarat visa haji musim ini

PUTRAJAYA – Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan haji Tamattuk dan Qiran bermula Musim Haji 1447H/2026M.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, bayaran itu perlu dibuat lebih awal kepada The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady & Adahi (ADAHI) dengan TH akan menguruskan pembayaran berkenaan bagi pihak jemaah.

Menurut beliau, jumlah bayaran dam yang ditetapkan bagi musim haji tahun ini adalah RM810 bagi seekor kibas dan perlu ditunaikan mengikut jenis ibadat haji yang dipilih oleh setiap jemaah.

“Selain itu, bakal jemaah haji boleh membuat bayaran dam melalui aplikasi THiJARI atau di kaunter cawangan TH di seluruh negara bermula 1 Ramadan.

“Bagi jemaah yang gagal membuat bayaran awal, TH akan membekukan jumlah terbabit daripada akaun pendeposit bermula 1 Syawal sebelum proses pendebitan dilakukan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mustakim berkata, pelaksanaan bayaran dam melalui ADAHI adalah syarat baharu yang dikenakan kepada semua jemaah haji di seluruh dunia bagi musim haji ini.

“TH mengambil inisiatif memaklumkan perkara ini lebih awal kepada jemaah negara bagi melancarkan urusan pengeluaran visa haji.

“Semua jemaah yang melaksanakan haji Tamattuk dan Qiran wajib menjelaskan bayaran dam sebelum tiba di Tanah Suci,” katanya.

Bagi jemaah yang mengerjakan haji Ifrad, Mustakim memaklumkan, bayaran akan dipulangkan semula sekiranya akaun TH sudah didebitkan, tertakluk kepada perakuan dan pengesahan oleh pihak TH.

Sementara itu, beliau berkata, penyertaan ibadah korban di Tanah Suci bagi musim haji tahun ini dibuka kepada semua pendeposit TH pada kadar RM810 seekor kibas dan pembayaran boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI atau di kaunter cawangan TH di seluruh negara.

“TH menasihatkan orang ramai berwaspada terhadap sebarang tawaran pembayaran dam dan korban yang mencurigakan daripada agensi pelancongan atau pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi diperlukan bagi melaksanakan ibadah berkenaan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi TH atau menghubungi Pusat Panggilan TH di talian 03-62071919,” katanya.

  • Related Posts

    Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

    PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

    TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

    • By Fandi
    • September 20, 2026
    Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

    ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

    • By Fandi
    • September 20, 2026
    ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

    Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

    Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

    Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

    Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

    Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

    Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

    Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

    Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR