Bersatu lebih sibuk urus Facebook berbanding fokus isu rakyat

PUTRAJAYA – Hala tuju Bersatu ketika ini lebih sibuk dalam memberi tumpuan kepada pengurusan akaun Facebook parti berbanding menumpukan perhatian kepada isu-isu utama rakyat.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, keadaan seumpama ini tidak pernah berlaku sepanjang tempoh beliau bertanggungjawab menguruskan penerangan parti.

“Saya sedih melihat apa yang berlaku dalam Bersatu. Isu rakyat tak disentuh. Isu Azam Baki tak dilawan. Isu Datuk Seri Anwar Ibrahim tak disentuh. 

“Isu jual negara tak dijuarai. Tapi akaun Facebook pula jadi tumpuan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipecat turut menyifatkan situasi berkenaan sebagai mencerminkan kualiti pegawai atasan yang dipilih oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau terkilan dengan keupayaan parti mengurus hal dalaman apabila mendakwa pengurusan akaun media sosial pun gagal ditangani dengan baik.

“Malangnya, inilah kualiti pegawai atasan pilihan Muhyiddin. Inilah kualiti Bersatu hari ini.

“Kalau akaun Facebook pun tak boleh urus, tutup sajalah parti,” katanya.

Terdahulu, empat individu disyaki terbabit dalam tindakan sabotaj akaun Facebook (FB) milik Bersatu ketika konflik kepimpinan parti itu memuncak dengan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Harris Idaham Rashid dilaporkan berkata, mereka yang disyaki itu mempunyai hubungan rapat dengan Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang.

Katanya, dalam kalangan empat pengendali yang disahkan mempunyai akses ketika akaun FB Bersatu disabotaj juga mempunyai hubungan dengan bekas Ketua Armada yang juga Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Keempat-empat mereka juga didakwa mempunyai akses kepada kandungan, mesej dan panggilan, aktiviti komuniti, iklan, analitik serta akses memberi kebenaran dan memadam halaman.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI