
KOTA KINABALU – Kadar zakat fitrah di Sabah bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada dua kadar iaitu RM7.50 dan RM15 seorang, bergantung kepada jenis beras yang digunakan oleh umat Islam di negeri ini.
Pengisytiharan itu diumumkan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Yahya Hussin, pada Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi,pada Selasa.
“Kadar RM7.50 dikenakan kepada umat Islam yang menggunakan beras putih import, manakala kadar RM15 ditetapkan bagi mereka yang menggunakan beras wangi.
“Penetapan tersebut dibuat berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram beras, iaitu kadar makanan asasi yang dimakan oleh majoriti penduduk di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.






