Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Arshad Ayob berkata, siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung hantaran berkenaan di Balai Polis Jerantut pada Ahad lalu.

Menurutnya, kandungan dimuat naik melalui akaun Facebook itu dipercayai mengandungi unsur yang boleh membangkitkan pecah keamanan atau menyebabkan kemarahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik atau berkongsi kandungan sensitif agama dan perkauman yang boleh mencetuskan keresahan antara kaum.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak didapati terlibat dalam sebarang perbuatan boleh yang mengganggu keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

“Kita merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negeri ini terus terpelihara,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran di sebuah group komuniti memaparkan tangkap layar komen jelik dan berbaur perkauman oleh seorang pemilik akaun media sosial.

Individu terbabit dikesan mengeluarkan kenyataan sinis yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan penganut agama Islam, sehingga mencetuskan kemarahan warga internet.

Related Posts

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

IPOH – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami gangguan serta kelewatan melebihi satu jam susulan kejadian kecurian kira-kira 100 meter kabel yang menjejaskan sistem semboyan di kilometer…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperhebat penguatkuasaan sempena musim perayaan menerusi pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2026 apabila sebanyak 510 notis P22 dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 1,662…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid