PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan penyusunan semula jentera pilihan rayanya apabila melantik Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui pengurusan pilihan raya parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada penyelarasan strategik parti untuk memperkemas gerak kerja serta memperkukuh koordinasi di semua peringkat organisasi.

Beliau berkata, Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini memegang tanggungjawab berkenaan akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan jentera pilihan raya parti.

“Dalam fasa seterusnya ini, Nurul Izzah akan terus memainkan peranan strategik dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan keupayaan jentera pilihan raya PKR serta aliran kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keputusan berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung semalam, termasuk beberapa lagi penstrukturan bagi memperkukuh kesiapsiagaan parti menjelang pilihan raya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya parti.

Beliau akan dibantu oleh bekas calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi.

“Ia bagi memperkukuh penyelarasan strategi, operasi lapangan dan pemantauan gerak kerja pilihan raya,” katanya.

Fuziah berkata, perubahan yang dilakukan itu bertujuan memastikan pengurusan pilihan raya PKR dapat digerakkan secara lebih tersusun, menyeluruh dan bersepadu antara negeri serta cabang parti.

Katanya, usaha berkenaan turut melibatkan pemerkasaan penggunaan data, sistem dan teknologi dalam operasi lapangan menerusi pengenalan sistem pilihan raya TERAS.

“Penyusunan ini juga kesinambungan kepada asas gerak kerja dibina sebelum ini, termasuk pengukuhan struktur pilihan raya, penyelarasan antara negeri dan cabang, serta peningkatan penggunaan data, sistem dan teknologi dalam operasi lapangan melalui pengenalan sistem pilihan raya TERAS,” katanya.

Mengulas mengenai pembangunan akar umbi parti, beliau berkata, PKR terus memberi tumpuan terhadap pengukuhan anggota di peringkat bawahan bagi memastikan kekuatan organisasi terus berkembang secara konsisten.

Menurutnya, kekuatan PKR bukan hanya bergantung kepada kepimpinan pusat, sebaliknya didukung oleh ribuan anggota yang terus bekerja mendekati rakyat di seluruh negara.

“Dalam semangat yang sama, PKR merakamkan penghargaan kepada semua anggota baharu yang telah menyertai parti, dengan jumlah keanggotaan baharu dari April ke Mei (lalu) mencecah seramai 5,936 orang.

“PKR kini bergerak ke fasa seterusnya dengan tekad untuk merapatkan saf parti, memperkukuh keupayaan akar umbi dan memastikan seluruh jentera bergerak sebagai satu pasukan yang fokus, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran pilihan raya akan datang,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak