Hanya peminjam berpendapatan tinggi, culas disekat PTPTN

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam berpendapatan tinggi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Langkah itu tidak melibatkan graduan yang baru tamat pengajian atau golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau menegaskan sekatan perjalanan itu hanya dikenakan kepada peminjam yang menepati beberapa kriteria tertentu dan benar-benar culas membayar balik pinjaman.

“Hanya peminjam berpendapatan tinggi atau mencukupi yang benar-benar culas dan menepati beberapa kriteria tertentu sahaja akan dikenakan sekatan perjalanan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Adam Adli menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap tetapi disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN.

Beliau berkata, setakat ini, kira-kira 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam yang culas disenaraikan untuk tindakan sekatan berkenaan.

Timbalan Menteri itu turut menjelaskan ,bagi meringankan beban graduan, tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan selepas tamat pengajian dikekalkan supaya mereka berpeluang memperoleh pekerjaan dan pendapatan stabil terlebih dahulu.

Selain itu, katanya, peminjam yang tidak berkemampuan dibenarkan membuat penstrukturan semula bayaran mengikut kemampuan kewangan sehingga umur 60 tahun.

Adam Adli menambah setakat ini, sejumlah RM77.5 bilion pinjaman telah dikeluarkan bagi membantu lebih 4.26 juta pelajar di seluruh negara.

Related Posts

Agong kurnia RM500,000 kepada mangsa kebakaran di Kudat, Sandakan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada mangsa bencana kebakaran di Kudat dan Sandakan. Sumbangan itu disampaikan oleh Pemegang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI jamin bekalan bahan api negara kekal stabil

KUCHING – Lonjakan bil subsidi bahan api negara kepada RM4.9 bilion pada April lalu ekoran ketegangan geopolitik di Asia Barat mendesak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bagi melindungi kestabilan ekonomi rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja