SARA diperluas, kini termasuk makanan sejuk beku

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memperluaskan skop barangan di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua dengan memasukkan makanan sejuk beku, selaras dengan keperluan semasa rakyat dan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluasan kategori barangan itu berkuat kuasa mulai hari ini dan melibatkan semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang layak menerima bantuan berkenaan.

“Bermula hari ini, 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026, semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad.

“Namun, ramai membangkitkan supaya diperluaskan kategori barangan jadi, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, peluasan SARA Untuk Semua memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat dan walaupun nilai bantuan itu kelihatan kecil secara individu, kesan keseluruhannya adalah besar apabila melibatkan jumlah penerima yang ramai.

“Bayangkan 22 juta rakyat dapat, ini peringkat kedua SARA untuk semua. Jumlahnya kecil, tapi kita nak santuni semua.

“Kalau campur kesan perbelanjaan SARA dan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), jumlahnya RM15 bilion. Itu bukan kecil,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan kerajaan tetap berpegang kepada prinsip disiplin fiskal dan tidak akan berbelanja secara berlebihan sehingga menjejaskan kedudukan kewangan negara.

“Kita cuba sedaya upaya. Nak bayar banyak sekali gus, tak boleh. Kita tak mahu defisit, kita urus. STR pun. Semua kementerian tahu, kita cermat dalam belanja,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan SARA turut dirancang dengan mengambil kira keperluan rakyat menjelang musim perayaan utama, termasuk Tahun Baharu Cina dan Ramadan, bagi membantu meringankan kos sara hidup.

Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan penglibatan kedai runcit kecil dalam pelaksanaan program SARA akan terus diperluaskan, dengan sasaran penyertaan sebanyak 10,000 buah kedai menjelang hujung tahun ini.

Langkah itu, katanya, bertujuan memastikan akses rakyat terhadap barangan keperluan asas menjadi lebih meluas serta menyokong peranan peniaga kecil dalam rantaian ekonomi tempatan.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu