Sydney tingkat keselamatan menjelang lawatan Isaac Herzog

PIHAK berkuasa Australia memperketat kawalan keselamatan di sekitar Daerah Pusat Perniagaan (CBD) Sydney menjelang lawatan Presiden Israel, Isaac Herzog, ke negara itu pada Isnin, susulan gesaan kumpulan pro-Palestin untuk mengadakan bantahan terhadap pelanggaran gencatan senjata di Gaza dan pembunuhan rakyat Palestin yang berterusan.

Menurut laporan media tempatan, beberapa kawasan utama di CBD akan ditutup dengan kawalan keselamatan tinggi, menyebabkan penutupan jalan, laluan bas dilencongkan serta kenderaan ditunda, lapor Anadolu.

Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales (NSW) yang memangku jawatan, Paul Dunstan berkata, kehadiran kawalan keselamatan tambahan adalah berikutan sensitiviti lawatan berkenaan.

“Pergerakan konvoi akan dapat dilihat dan dengan ketegangan yang dikaitkan dengan lawatan ini, jumlah kehadiran anggota keselamatan turut ditambah,” katanya.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menjemput Herzog berikutan insiden serangan di Bondi Beach pada Disember lalu yang mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan 42 individu, dengan presiden Israel itu dijadualkan bertemu pemimpin negara serta keluarga mangsa.

Menteri Pengangkutan NSW, John Graham berkata, lawatan Herzog adalah bagi menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi berkenaan dan pihaknya berharap situasi keselamatan awam dapat dikawal.

Bagaimanapun, kumpulan Palestine Action Group dilaporkan mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan cabaran di Mahkamah Agung terhadap sekatan protes yang dikenakan bagi perhimpunan dirancang di Town Hall pada malam Isnin.

Jurucakap kumpulan itu, Josh Lees menyifatkan sekatan berkenaan sebagai keterlaluan dan bersifat menindas, selain menegaskan hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

“Kami berhak untuk membantah. Jalan-jalan di Sydney milik rakyat, bukan milik presiden Israel atau kerajaan negeri,” katanya.

Pihak berkuasa menggesa penganjur bantahan supaya memindahkan lokasi perhimpunan ke Hyde Park, di luar zon larangan yang diwartakan.

Langkah keselamatan ketat akan terus dilaksanakan sepanjang lawatan Herzog, termasuk penutupan jalan secara berperingkat dan pemeriksaan rawak di kawasan bandar dan pinggir timur Sydney.

Bantahan turut dirancang di 24 bandar utama di seluruh Australia, termasuk Canberra, Sydney, Perth dan Melbourne, pada Isnin bagi membantah lawatan berkenaan.

Untuk rekod, gencatan senjata yang dilaksanakan telah menghentikan serangan Israel ke atas Gaza yang bermula pada Oktober 2023, mengorbankan hampir 72,000 rakyat Palestin serta mencederakan lebih 171,000 yang lain, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur wilayah itu.

Namun, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, tentera Israel terus melanggar gencatan senjata dengan sekurang-kurangnya 576 rakyat Palestin terbunuh dan 1,543 lagi cedera sejak perjanjian itu dikuatkuasakan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16