Sebuah rumah Residensi Adelia terbakar gara-gara simpan mercun

KAJANG – Sebuah apartment Residensi Adelia di Persiaran Bangi Avenue di sini dijilat api 80 peratus gara-gara disyaki mercun yang disimpan di dalam kediaman tersebut meletup kira-kira jam 10.40 malam, pada Ahad.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.42 malam.

Kemudian sepasukan 13 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan BBP Semenyih dikerahkan ke tempat kejadian selepas 13 minit menerima panggilan mengenai kebakaran itu.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Fadzli Jusni mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis apartment berkeluasan 1,200 kaki persegi.

Kebakaran berlaku di tingkat lapan, di bahagian bilik yang menempatkan bahan letupan (mercun) hangus kira-kira 80 peratus,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setelah api berjaya dikawal pada jam 11.19 malam, komander operasi juga mendapati terdapat mercun di keseluruhan kawasan apartment terbabit.

Kebakaran telah berjaya dipadamkan dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan,” katanya.

Related Posts

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyantuni mangsa yang terjejas dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Baru Medamit di sini, hari ini. Dalam lawatan itu, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah