Lawatan Modi antara pertimbangan PDRM halang himpunan GARAH

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan faktor keselamatan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, antara pertimbangan utama dalam keputusan menghalang perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan larangan itu dibuat hasil risikan terhadap pelbagai faktor termasuk ancaman keselamatan awam.

Menurutnya, menjaga ketenteraman dan keselamatan awam di negara ini termasuk tidak bermain dengan isu 3R adalah tanggungjawab semua pihak, bukan bukan semata-mata di bawah pihak berkuasa.

“Melalui risikan atas pelbagai faktor termasuk keselamatan awam mengatasi segala-galanya, kita telah keluar arahan supaya perhimpunan tidak boleh diteruskan.

“Adanya ancaman dan kita juga menerima 138 laporan polis untuk siasatan. Tindakan itu juga mengambil kira kestabilan negara termasuk ketika Malaysia menerima tetamu negara.

“Antara pertimbangan utama adalah memastikan keadaan negara kekal stabil dan tidak berlaku sebarang gangguan ketenteraman awam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada Ahad.

Bagaimanapun, Fadil memaklumkan, perhimpunan tetap berlaku walaupun arahan larangan telah dikeluarkan, menyebabkan polis terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan.

“Ekoran daripada itu, bila perhimpunan tetap berlaku, kita telah membuat tangkapan, di Kuala Lumpur 19 lelaki dan empat wanita manakala di Klang pula seramai tiga lelaki,” katanya.

Fadil menegaskan, pihak polis mengambil tindakan tanpa mengira latar belakang atau bangsa mana-mana pihak yang terlibat.

“Dua belah pihak kita ambil tindakan. Tidak kira apa bangsa mereka. Jangan cuba timbulkan gangguan ketenteraman awam,” tegasnya.

Sementara itu, Fadil berkata, apa yang paling utama masyarakat perlu tahu ialah menjaga ketenteraman dan keselamatan awam adalah tanggungjawab semua pihak bukan di bawah penguasa sahaja.

“Sebarang cadangan atau pandangan berkaitan pembinaan rumah ibadat perlu disalurkan melalui saluran yang betul dan bukan melalui perhimpunan jalanan.

“Malah sekiranya berlaku pembinaan rumah-rumah ibadat di tanah yang tidak dibenarkan polis juga akan memberi kerjasama penuh sekiranya mendapat perintah mahkamah untuk menyuraikan atau mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak sesekali menyentuh isu 3R demi kesejahteraan negara.

“Sensitiviti yang boleh berbaur hasutan akan menggugat ketenteraman awam, keselamatan orang ramai,” katanya.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang