United lakar kemenangan ke-empat berturut-turut, atasi Spurs 2-0

SENTUHAN magis Michael Carrick berterusan apabila Manchester United melakar kemenangan keempat berturut-turut selepas membenam Tottenham Hotspur 2-0 yang beraksi dengan 10 pemain pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Kemenangan itu lebih manis buat Carrick dan United apabila ia menjadi kali pertama Red Devils meraih empat kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris sejak Februari 2024.

Ia sekali gus membolehkan United menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa kemenangan menentang Tottenham, dan mengukuhkan cengkaman Red Devils dalam kelompok empat teratas liga.

United kini menghampiri Aston Villa di tempat ketiga dengan jurang dua mata, serta melebarkan kelebihan kepada lima mata ke atas Liverpool di tangga keenam.

Kedudukan lima teratas dijangka mencukupi untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan susulan prestasi cemerlang kelab-kelab Inggeris dalam saingan Eropah.

Pada perlawanan itu, semua pemain mengenakan lilitan lengan hitam, manakala bendera penjuru turut berwarna hitam sebagai tanda penghormatan sempena Tragedi Udara Munich.

Tragedi tersebut meragut 23 nyawa, termasuk lapan pemain Manchester United.

Pelawat yang menewaskan United pada aksi final Liga Europa musim lalu bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Cristian Romero dilayangkan kad merah kerana terjahan keras ke atas Casemiro pada minit ke-29.

United jelas memanfaat kelebihan seorang pemain itu apabila meledak gol pertama menerusi set-piece menarik sepakan sudut yang disudahkan Bryan Mbeumo pada minit ke-38.

Kapten pasukan, Bruno Fernandes melengkapkan kemenangan United dengan gol kedua, sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

Related Posts

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

SEPANYOL menjuarai Kumpulan H selepas menewaskan Uruguay 1-0 sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Dunia manakala pasukan kendalian Marcelo Bielsa itu tersingkir daripada kejohanan. Sepanyol menamatkan saingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perancis ketuai Kumpulan I, kalahkan Norway 4-1

Perancis muncul juara kumpulan I Piala Dunia FIFA selepas meleburkan cabaran dan impian Norway dalam aksi pada awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis