Guarana dilarang, risiko penyakit dan tindakan undang-undang

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah menegaskan pengimportan, pembiakan, penanaman atau penyelidikan tanaman guarana tidak dibenarkan, selaras dengan larangan Jabatan Pertanian Malaysia bagi mengelakkan implikasi perundangan daripada Kerajaan Brazil.

Menterinya, Datuk Jamawi berkata, larangan itu selaras dengan pemakluman rasmi MAPA Brazil bertarikh 8 Januari 2020 yang hanya membenarkan pengeksportan buah guarana untuk pemprosesan dan makanan manusia, manakala penanaman tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan perundangan termasuk penyitaan dan penalti sehingga R$10 juta.

“Guarana merupakan tanaman herba semulajadi di Lembah Amazon terutamanya di Brazil.

“Lembah Amazon ini merupakan kawasan penanaman getah dengan insiden serangan penyakit South American Leaf Blight (SALB) yang disebabkan oleh kulat Microcyclus ulei yang disenaraikan sebagai perosak berbahaya dalam Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

“Spora SALB yang menjangkiti tanaman getah akan menyebabkan pengurangan hasil latex, pokok getah terbantut, kematian pokok getah dan berpotensi menjejaskan industri getah negara khususnya di negeri Sabah dengan keluasan 241,565 hektar dan pengeluaran hasil sebanyak 75,760 tan (2024) serta memberi pendapatan kepada pekebun kecil bernilai RM287.8 juta,” kongsinya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Tambah Jamawi, guarana berisiko membawa penyakit baharu seperti Colletotrichum guaranicola yang boleh menyerang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, sekali gus mengancam keselamatan agromakanan negeri.

“Oleh sebab itu, Jabatan Pertanian Sabah tidak membenarkan pengimportan tumbuhan, produk pertanian dan artikel terkawal dari negara Brazil.

“Ia selaras dengan Peraturan no.5, Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 dan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167), sebarang aktiviti membawa masuk tumbuhan, produk pertanian atau artikel terkawal adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis Pengarah Pertanian Sabah melalui Permit Import atau Sijil Pemeriksaan dan kegagalan mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.00,” kongsinya.

Tambahnya, pengisytiharan Tumbuhan Berbahaya 2025 di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) yang diwartakan pada 1 Disember 2025 menetapkan tumbuhan berbahaya merujuk kepada bahan tanaman tidak sah, termasuk tumbuhan yang dibawa masuk atau dibiakkan tanpa melalui prosedur pengimportan, pemeriksaan pintu masuk dan kuarantin yang ditetapkan.

“Setakat ini, MAFFI melalui Jabatan Pertanian Sabah tidak pernah meluluskan pengimportan bahan tanaman guarana. Bahan yang dibawa masuk secara tidak sah adalah melanggar undang-undang Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981.

“MAFFI mengingatkan semua pihak agar tidak terlibat dalam pengimportan, pembiakan, penanaman serta penyelidikan guarana dan sentiasa mematuhi peraturan kuarantin tumbuhan demi melindungi industri pertanian, keselamatan biodiversiti, dan keterjaminan makanan,” katanya.

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia