Pemaju PR1MA Pahang gagal siap projek ditamatkan kontrak

KUANTAN – Kerajaan Pahang sudah mengambil tindakan, termasuk membatalkan kontrak pemaju yang gagal melaksanakan projek pembinaan rumah rakyat seperti PR1MA.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembatalan itu perlu dilakukan kerana kegagalan mereka menyiapkan projek diberikan, membawa kesan secara langsung kepada rakyat di negeri ini.

“Kita tidak boleh membiarkan perkara seperti ini berlaku kerana projek seperti PR1MA Pahang adalah projek untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan PR1MA Pahang Batu 6, Lepar dan Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Kampung Hijrah, di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), Datuk Ahmad Islanizam A Halim.

Seramai 99 pemohon menerima kunci rumah mereka pada majlis itu.

Ditanya mengenai isu tapak projek PR1MA Pahang yang berdepan masalah banjir kilat, beliau memaklumkan, perkara berkenaan sedang dalam perhatian LPHP.

Katanya, pihak LPHP akan mengambil pemaju yang terbabit dengan projek bermasalah untuk mendapat maklum balas dan langkah mitigasi mereka bagi mengatasi masalah berbangkit itu.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy menegaskan kestabilan politik sangat penting bagi memastikan usaha membantu rakyat dapat dilaksanakan mengikut perancangan dibuat kerajaan negeri.

Katanya, tanpa kestabilan politik, pemimpin terpaksa menghabiskan masa menyelesaikan isu politik dan tidak dapat menumpukan kepada usaha membantu rakyat.

“Bila kita ada kestabilan politik, kita boleh fokus buat kerja untuk rakyat maknanya kita kurangkan ‘politiking’ ini.

“Kalau kita ada masalah politik, kita nak membetulkan politik itu pun ambil masa yang banyak… kena ‘explain’ kepada rakyat, kena cerita kepada rakyat… jadi masa bila kita nak buat kerja untuk membantu rakyat.

“Jadi bila kestabilan politik itu ada, pemimpin, wakil rakyat ada masa dan ruang yang banyak untuk memberi tumpuan kepada urusan, berbincang dan mencari jalan membuat kerja untuk rakyat,” jelasnya.

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia