Dua pesawat bergesel di Mumbai

NEW DELHI – Dua pesawat dilaporkan bergesel di Lapangan Terbang Mumbai, India hari ini, namun semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden itu berlaku ketika pesawat Air India penerbangan AI2732 sedang bergerak di landasan untuk berlepas, manakala sebuah pesawat IndiGo sedang bergerak selepas mendarat, menurut Direktorat Am Penerbangan Awam India dalam satu kenyataan.

“Semasa bergerak di landasan, hujung sayap kanan kedua-dua pesawat telah bersentuhan antara satu sama lain,” menurut kenyataan itu lagi.

Media tempatan melaporkan insiden berkenaan berlaku kira-kira jam 7.30 malam (waktu tempatan) dan semua penumpang turun dari pesawat dengan selamat.

Pesawat Air India itu dalam penerbangan ke Coimbatore, manakala pesawat IndiGo penerbangan 6E791 baru tiba dari Hyderabad.

Kedua-dua pesawat jenis Airbus A320 kini sedang menjalani pemeriksaan.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Amaran terbabit dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai