Kawasan OBP belum dimuktamadkan, bukan milik mana-mana negara – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kawasan Masalah Sempadan Tertangguh (Outstanding Boundary Problem – OBP) di sepanjang sempadan Malaysia dan Indonesia tidak boleh dianggap sebagai milik mana-mana pihak kerana statusnya masih belum diputuskan secara muktamad oleh kedua-dua negara.

Beliau berkata, kekeliruan timbul susulan laporan media yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah dan Kalimantan, iaitu Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas.

Anwar berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak tepat kerana kawasan terbabit sejak awal lagi berada dalam kategori kawasan rundingan dan penentuan sempadan yang belum dimuktamadkan.

“Justeru laporan media bahawa Malaysia menyerahkan tanah berkenaan kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan adalah tidak benar dan satu penipuan.

“Secara dasarnya, pendirian kerajaan jelas tertakluk kepada undang-undang, perjanjian dan konvensyen yang berkuat kuasa. Dalam hal terkait persempadanan semula dengan Indonesia, kita juga amat menghormati kesepakatan bersama sebagai negara sahabat di antara Malaysia dan Indonesia.

“Atas penentuan sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Republik Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penerangan Khas Parlimen berkaitan isu sempadan Malaysia–Indonesia yang berlangsung di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa penentuan sempadan darat antarabangsa bagi wilayah Sabah dan Sarawak berpandukan kepada konvensyen persempadanan yang dimeterai antara Kerajaan British dan Kerajaan Belanda pada 1891.

Katanya, bagi Sabah pula, sempadan ditentukan berdasarkan Perjanjian Persempadanan antara Kerajaan British dan Kerajaan Belanda yang dimeterai pada 1915.

“Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di The Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928,” katanya.

Related Posts

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

KUALA PILAH – Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar institusi yang menguruskan simpanan, sebaliknya memikul amanah besar umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima, kata Ahli Parlimen Hulu Langat,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

KUALA PILAH – Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang membangkitkan soal asal-usul kaum di Malaysia membuktikan keperluan negara mengamalkan budaya politik matang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat