Kadar zakat fitrah Perak 2026 ditetapkan RM10, RM16 dan RM25

IPOH – Kadar zakat fitrah di negeri Perak bagi tahun 2026 ditetapkan menerusi tiga pilihan bayaran iaitu RM10, RM16 dan RM25 bagi setiap individu, bergantung kepada jenis serta gred beras yang dimakan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga dan jenis beras yang dimakan oleh majoriti umat Islam di Perak, dengan mengambil kira timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg).

Menurut beliau, kadar tersebut juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Kadar RM10 diwajibkan kepada individu yang menggunakan beras import dan beras super spesial tempatan.

“RM16 pula bagi mereka yang menggunakan beras perang, beras rebus, herba ponni, beras wangi dan seumpamanya.

“Manakala RM25 ditetapkan kepada pengguna beras basmathi, beras Jepun, calrose atau yang seumpamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Perak 1447H/2026M di Ibu Pejabat Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR), di sini, pada Selasa.

Zamri turut menjelaskan bahawa kadar zakat fitrah pilihan ketiga diturunkan kepada RM25 berbanding RM27 pada tahun lalu, berdasarkan realiti semasa harga beras di pasaran yang digunakan oleh umat Islam di Perak.

Jelasnya, ketetapan tersebut dibuat hasil perbandingan data daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Unit Awal Selia Beras serta kajian lapangan di pusat-pusat perniagaan yang menjual beras.

“Kadar RM10 merupakan kadar minimum dan sesiapa yang membayarnya telah menunaikan kewajipan zakat fitrah tanpa mengira jenis beras yang dimakan.

“Manakala kadar seterusnya adalah sebagai pilihan dan kebanyakan umat Islam di Perak cenderung membayar berdasarkan jenis beras yang mereka makan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui ZAPAR melantik seramai 1,735 penolong amil fitrah bagi melancarkan proses kutipan zakat fitrah tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan pengurangan berbanding 1,900 orang pada tahun lalu, susulan pelaksanaan proses pendigitalan yang dilaksanakan oleh MAIPk.

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

SHAH ALAM – Sebanyak 300 hidangan percuma disediakan kepada orang ramai menerusi Program Makan Percuma Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2026 Siri 2, esok. MBSA menyatakan, program berkenaan akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman