Lambakan bangkai ikan di Sungai Kinta akibat dibuang, bukan pencemaran air

PUTRAJAYA – Penemuan ikan mati di Sungai Kinta berhampiran Surau Al-Ittihad, Kampung Temiang, Ipoh, Perak Ahad lalu bukan berpunca daripada pencemaran air, sebaliknya akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melupuskan anak ikan ke dalam sungai tersebut.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi kenyataan memaklumkan, pasukan penyiasat JAS telah ke lokasi kejadian semalam dan mendapati terdapat sejumlah ikan mati disertai bau busuk, membabitkan ikan tilapia, lampam dan baung.

Agensi itu menegaskan, hampir 99 peratus ikan yang mati di lokasi kejadian merupakan anak ikan tilapia bersaiz kecil dengan anggaran berat di bawah 120 gram.

“Turut ditemui ialah ikan lampam dan baung bersaiz kecil. Ketiga-tiga jenis ikan ini dipercayai bukan daripada Sungai Kinta.

“Berdasarkan pemerhatian dan penemuan di lapangan, dipercayai terdapat individu tidak bertanggungjawab yang melupuskan anak ikan bersaiz kecil yang tidak boleh dijual dengan mencampakkannya ke dalam Sungai Kinta,” katanya, pada Selasa.

Mengulas lanjut, JAS berkata, pasukan penyiasat telah menjalankan persampelan kualiti air sungai dengan satu sampel air diambil berhampiran Surau Al-Ittihad sebelum diawet dan dihantar ke Makmal JAS Perak untuk analisis lanjut.

“JAS kini sedang menunggu keputusan analisis makmal bagi mengesahkan status kualiti air Sungai Kinta selain melakukan pemantauan berkala di lokasi kejadian bagi mengelakkan insiden sama berulang.

“Kejadian ini yang pertama seumpamanya dikesan berlaku di Sungai Kinta. Tindakan penguatkuasaan lanjut akan diambil sekiranya terdapat bukti kukuh berlakunya pelanggaran undang-undang alam sekitar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi satu minit tiga saat yang memaparkan sejumlah ikan mati di Sungai Kinta yang didakwa mula dikesan pada Ahad lalu.

Related Posts

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat membuka lembaran baharu dalam landskap politik negeri itu. Namun, langkah tersebut juga membawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

SEPANGGAR – Isu berkaitan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) perlu diperhalusi susulan wujud kekeliruan berkaitan pelaksanaannya di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

  • By Ynom
  • May 18, 2026
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI