Jentera Mercedes-AMG Petronas sedia muncul juara F1

GEORGE Russell percaya dia sudah diberikan jentera yang bersedia untuk menang kejuaraan dunia ketika Mercedes akan memasuki era baharu Formula Satu (F1) sebagai pilihan meraih gelaran.

Di bawah kepimpinan Toto Wolff, Mercedes menang lapan kejuaraan pengeluar berturut-turut dan tujuh gelaran pemandu antara 2014 dan 2021.

Sejak Russell menyertai mereka pada 2022, mereka bergelut mengejar Red Bull dan McLaren.

Bagaimanapun, perubahan besar dalam peraturan teknikal musim baharu bermakna ia memberi permulaan untuk semua pasukan di petak perlumbaan.

Mercedes mencuri tumpuan minggu lalu pada sesi ujian pertama di Circuit de Catalunya dekat Barcelona apabila mencatat masa pantas serta ketahanan menyebabkan ramai mula memilih Russell untuk gelaran dunia pertamanya.

“Saya sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan dunia, sama ada kami ada label sebagai pilihan atau tidak, ia tidak mengubah sedikitpun pendekatan saya,” kata pemandu British itu pada pelancaran secara digital Mercedes.

“Ada banyak perkara yang kami perlu belajar dengan cepat, tapi saya rasa boleh mengambil kelebihan daripadanya dan rasa yakin dengan diri sendiri dan dalam pasukan”.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah