Hampir 15,000 pemastautin cukai miliki akaun luar negara – LHDN

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan seramai 14,858 pemastautin cukai Malaysia yang mempunyai akaun kewangan di luar negara dengan jumlah baki melebihi RM10 bilion, namun tidak membuat pelaporan cukai melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Menurut LHDN, pengesanan tersebut dibuat melalui mekanisme pertukaran maklumat akaun kewangan antarabangsa yang melibatkan kerjasama lebih 100 negara, selaras dengan usaha memperkukuh pematuhan cukai serta membanteras pelarian cukai rentas sempadan.

Akaun kewangan luar negara yang dikenal pasti itu melibatkan beberapa negara dan wilayah kewangan antarabangsa termasuk Luxembourg, Hong Kong, Guernsey, Kepulauan Cayman, Bahamas dan Bermuda.

“LHDN telah menghantar peringatan kepada pemastautin cukai berkenaan sebagai pendekatan galakan pematuhan secara sukarela, di samping memberi ruang untuk membuat semakan dan pengisytiharan pendapatan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN menasihati pemastautin cukai Malaysia yang mempunyai pendapatan belum dilaporkan supaya tampil secara sukarela bagi mengelakkan penalti dan tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

“LHDN komited untuk terus mentadbir sistem percukaian negara secara telus, berintegriti dan profesional, selaras dengan piawaian percukaian antarabangsa.

“Dengan pendekatan berstrategi dan kerjasama semua pihak, LHDN akan terus memperkukuh tadbir urus percukaian negara demi kepentingan rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan supaya siasatan susulan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara menyeluruh tanpa melindungi mana-mana pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

KELEWATAN mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas 33 bulan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) seharusnya dipersoalkan, kata Fello Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf