Semua pihak main peranan tingkat martabat sektor pelancongan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak perlu memainkan peranan berikhtiar mengangkat martabat negara dalam sektor pelancongan.

Perdana Menteri berkata, usaha memajukan sektor pelancongan tidak boleh digalas kerajaan sahaja, sebaliknya memerlukan penyertaan menyeluruh merangkumi sektor awam, swasta, badan pelancongan, syarikat serta masyarakat.

“Sebab itu kita harus pastikan semua aspek kegiatan kita, pelancongan yang merupakan satu daripada intinya, yang memerlukan penyertaan semua.

“Sikap kita, senyuman kita, kerja kita, kesediaan kita mengolah cara-cara tarikan baharu.

“Sektor kerajaan, sektor awam, sektor swasta, badan-badan pelancongan, syarikat, semua ini mengambil peranan melihat secara positif bagaimana boleh kita usahakan ikhtiar tambahan untuk mengangkat martabat negara kita,” katanya, lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan ‘Cerita Malaysia Kita’ sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, potensi negara adalah besar dengan sambutan serta petunjuk pertumbuhan ekonomi menggalakkan ketika ini, namun keadaan itu turut disertai cabaran yang perlu ditangani secara bersama.

“Negara boleh maju dan terserlah sebagai negara hebat, tetapi negara juga boleh mendatar atau merosot.

“Rakyat telah memilih untuk mencapai kemajuan yang membanggakan dan berjaya,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kejayaan hanya dapat dicapai melalui semangat berpasukan dan sokongan antara satu sama lain, selain mengurangkan perbalahan serta sentimen kebencian berasaskan kaum dan agama.

“Ini bukan soal menang atau kalah. Usaha ini memerlukan penyertaan semua pihak serta komitmen untuk memastikan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak berjaya di negara ini, sambil menerima sokongan dan dorongan yang diperlukan,” katanya lagi.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM