Haaland kembali menyengat, City tumbangkan Galatasaray

ERLING Haaland kembali cemerlang apabila menjaringkan gol penting untuk membantu Manchester City menewaskan Galatasaray 2-0 awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengesahkan kemaraan City ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dan mengelak pusingan play-off.

Rayan Cherki turut meledak gol kedua buat pasukan kendalian Pep Guardiola, yang mengambil kesempatan daripada keputusan perlawanan lain untuk memastikan City kekal dalam kelompok lapan teratas.

Seminggu selepas dimalukan Bodo/Glimt yang hampir menjejaskan kedudukan mereka dalam lapan terbaik, City bertindak balas dengan persembahan mantap menentang Galatasaray, yang kini terpaksa menunggu di play-off.

Haaland sebelum ini direhatkan buat kali pertama musim ini dalam Liga Perdana Inggeris ketika menang 2-0 ke atas Wolves, Sabtu lalu.

Satu-satunya gol sumbangannya sejak 27 Disember sebelum ini hadir menerusi sepakan penalti menentang Brighton.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan