BN hormati sebarang keputusan MIC, harap parti teras terus diperkukuh – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK – Barisan Nasional (BN) menghormati sepenuhnya sebarang keputusan yang akan dibuat oleh MIC berhubung hala tuju politik parti itu, sekali gus menegaskan pendirian gabungan berkenaan untuk tidak campur tangan dalam urusan dalaman parti komponen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN sentiasa berpegang kepada prinsip saling menghormati antara parti gabungan, khususnya parti-parti teras yang menjadi tunjang sejak penubuhan Perikatan dahulu.

“MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar dan apa pun keputusan yang akan dibuat MIC itu adalah hak dan pendirian parti berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood Park, Hutan Melintang, di sini, pada Ahad.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ahmad Zahid berkata, dengan kemasukan semula Parti Progresif Penduduk (PPP) ke dalam BN susulan keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan (RoS), BN kini mempunyai lima parti teras, sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan di Kota Kinabalu pada 21 haribulan lalu.

“MIC merupakan parti teras sejak zaman Parti Perikatan bersama MCA dan UMNO. Justeru, kita berharap agar parti-parti teras dalam Barisan Nasional ini dapat terus diperkukuhkan,” katanya.

Menurut beliau, BN yakin setiap parti komponen mampu membuat keputusan terbaik bukan sahaja untuk kepentingan parti masing-masing, malah demi kestabilan dan kekuatan gabungan secara keseluruhan.

Sebelum ini, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dilaporkan berkata, MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, meskipun PN telah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang tersebut, sebarang penyertaan perlu dibuat mengikut proses dan saluran rasmi parti.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar