UMNO Sabah hargai sokongan pengundi, BN kekal menang di Kinabatangan dan Lamag

KOTA KINABALU – UMNO Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang terus memberikan keyakinan kepada BN.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datu Jafry Ariffin berkata, Lamag terus memberikan keyakinan kepada BN untuk mewakili suara di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia serta DUN Sabah.

Katanya, sokongan padu rakyat kepada calon BN, Mohd Kurniawan Naim Moktar bagi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob bagi DUN Lamag, membuktikan kerjasama politik yang strategik mampu membina gelombang sokongan yang besar dan berkesan.

“Walaupun pihak lawan cuba memainkan sentimen bahawa BN adalah parti berteras Semenanjung, hakikatnya jalinan kerjasama BN bersama parti-parti tempatan telah membentuk kerajaan negeri Sabah yang stabil, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN.

“Kemenangan ini amat bermakna buat UMNO dan BN, bukan sahaja kerana kejayaan mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut, malah ia menjadi penanda aras jelas bahawa sokongan rakyat di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kekal kukuh bersama BN,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.

Dalam pada itu, Jafry turut menyatakan pihaknya sebagai tonggak kepada BN di negeri ini akan memastikan kedua-dua wakil rakyat yang diberi mandat dapat melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat.

“UMNO Sabah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

“Selain itu juga, seluruh kepimpinan dan jentera UMNO serta BN Sabah, sokongan padu jentera GRS, serta semua parti komponen Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah termasuk PH dan UPKO yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan ini,” jelasnya.

Jafry berkata, pihaknya yakin kerjasama erat dalam Kerajaan Perpaduan Sabah akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membela nasib rakyat serta memastikan agenda pembangunan di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit