Pahang sedia RM9 juta untuk bantuan one-off IM Pahang Kluster Siswa

JOHOR BAHRU – Kerajaan Pahang memperuntukkan RM9 juta bagi pemberian bantuan sekali beri (one-off) RM400 kepada kira-kira 20,000 mahasiswa anak Pahang yang layak di institusi pengajian tinggi (IPT) terpilih di seluruh negara, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu meningkat sebanyak RM1 juta berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited membela kebajikan serta masa depan mahasiswa yang melanjutkan pengajian di IPT menerusi Inisiatif Makmur (IM) Pahang Kluster Siswa 2026.

“Bantuan ini ditambah baik secara berperingkat sejak 2022… bermula RM200, dinaikkan kepada RM300 pada 2023, dan RM400 sejak 2025 serta dikekalkan bagi tahun ini sebagai komitmen berterusan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran IM Pahang Kluster Siswa 2026 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, hari ini.

Seramai 600 pelajar anak Pahang hadir ke majlis berkenaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang turut menyediakan sokongan pendidikan lain termasuk Geran Bantuan Pelajaran one-off sebanyak RM700 kepada pra siswazah dan RM1,200 kepada pasca siswazah.

“Turut ditawarkan kemudahan pinjaman pendidikan serta biasiswa Skim Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar dan Skim Pelajar Cemerlang,” katanya.

Beliau berkata, anak Pahang di IPT juga diingatkan supaya bersikap matang, bijak menilai antara fakta dan sentimen, serta tidak terperangkap dengan permainan persepsi yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negeri.

“Kerajaan negeri akan terus menjadikan kebajikan mereka sebagai agenda utama dalam melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi demi membina Pahang yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi