Inkues Zara: Saksi mata baharu dedah tiga insiden berlaku pada malam kejadian

KOTA KINABALU – Saksi ke-58 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang juga merupakan saksi mata, hari ini memberi keterangan berlakunya tiga insiden berasingan di dalam dorm asrama pada malam kejadian.

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu kepada Zara, berkata, saksi memberitahu insiden pertama melibatkan Zara disoal siasat oleh dua orang pelajar senior berhubung kes kecurian.

“Dan kejadian kedua, dua pelajar senior, tambahan satu lagi pelajar senior tentang kes kecurian juga.

“Dan insiden yang ketiga adalah insiden di mana pelajar senior membacakan satu surat yang Zara ingin menjadi Badar,” kongsinya dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, dalam keterangan saksi, saksi memberitahu bahawa sepanjang kejadian di dalam dorm tersebut, terdapat pelajar senior yang mengarahkan pelajar lain supaya tidak melihat dan tidak mendengar apa yang sedang berlaku.

“Jangan cuba tengok, jangan cuba dengar. Jangan pasang telinga, itu ayatnya.

“Dan saksi ada mengatakan, seperti yang sebelum ini, ada makian dikeluarkan. Dan saksi juga merasa ketakutan. Dan selepas makian dikeluarkan, dia hanya diam,” katanya.

Tambah Shahlan, disebabkan rasa takut dimarahi, saksi berkata, dia tidak berani melihat kejadian tersebut dan hanya mendiamkan diri sepanjang insiden berlaku.

“Saksi turut menganggarkan tempoh kejadian pertama dan kedua masing-masing berlangsung lebih 20 minit, manakala insiden ketiga dianggarkan mengambil masa antara 10 hingga 20 minit lebih,” katanya.

Menurut Shahlan, Hakim Koroner yang mempengerusi prosiding turut menyoal saksi mengenai perasaannya ketika itu.

“Saksi berkata, situasi tersebut adalah tegang dan memaklumkan kejadian seumpama itu pernah berlaku beberapa kali sebelum ini di sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun, apabila ditanya kejadian manakah yang paling menakutkan, saksi menyatakan bahawa kes melibatkan Zara adalah yang paling menakutkan,” ujarnya.

Difahamkan, saksi mata tersebut adalah saksi baharu yang pertama kali dipanggil dalam prosiding ini susulan penyerahan keterangan bertulisnya oleh seorang guru disiplin ketika memberi keterangan mahkamah, yang membawa kepada pendedahan bahawa saksi ini merupakan saksi mata kepada kejadian malam tersebut.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang