Insiden Taman Awam Miri: Mangsa boleh tuntut pampasan

MIRI – Mangsa yang cedera akibat terpijak kayu reput di Pavilion, Taman Awam Miri boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, tuntutan tersebut boleh dibuat di bawah Perlindungan Liabiliti Awam Pihak Ketiga Majlis Bandaraya Miri (MBM), tertakluk kepada prosedur serta syarat polisi yang ditetapkan.

“Bagi tujuan tuntutan, pihak terlibat perlu mengemukakan dokumen sokongan lengkap termasuk surat rasmi, gambar kejadian dan kecederaan serta bil rawatan perubatan.

“Selain itu, salinan kad pengenalan dan laporan polis juga perlu disertakan untuk penilaian lanjut berdasarkan skop perlindungan sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Adam Yii berkata, MBM telah bertindak pantas melakukan pemeriksaan menyeluruh dan kerja-kerja pembaikan struktur kayu di kawasan berkenaan sebaik menerima aduan.

Tegasnya, langkah segera itu diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin dan mengelakkan kejadian sama berulang.

“Pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan awam akan terus diperkukuh bagi mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap infrastruktur di bandar raya ini,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan