Aplikasi PAJ bakal dibangunkan

JOHOR BAHRU – Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) kini dalam perancangan menubuhkan sebuah aplikasi mudah alih bagi membantu pengguna pengangkutan awam di negeri ini merancang jadual perjalanan mereka.

Memetik laporan Media Digital Johor, jurucakap PAJ dilaporkan berkata, aplikasi itu turut merangkumi pelbagai maklumat berkaitan pengangkutan awam termasuklah jadual pergerakan bas secara ‘real time’.
 
“Pembangunan sistem pintar ini menjadi pertimbangan PAJ dalam usaha memastikan pengguna perkhidmatan awam menikmati perjalanan lebih lancar, membeli tiket secara digital sebaik sahaja Sistem Rapid Transit (RTS) Johor Bahru – Singapura dan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat beroperasi.
 
“Malah PAJ juga sedang menjalankan kajian terperinci bagi menyusun semula laluan bas yang lebih efisien termasuk menyediakan perkhidmatan bas perantara ke kawasan perumahan dan stesen RTS di Bukit Chagar serta stesen-stesen ART dengan kekerapan yang tinggi terutama pada waktu puncak,” katanya.
 
Menurutnya lagi, antara langkah lain akan dilaksanakan bagi mewujudkan ekosistem pengangkutan awam yang kondusif ialah menerusi penambahbaikan inisiatif ‘Park and Ride’ di pinggir bandar untuk mengurangkan kesesakan trafik bagi memudahkan pergerakan dua hala antara Johor dan Singapura.
 
“Kerjasama erat dengan operator bas swasta yang mengendalikan perkhidmatan MyBas juga akan diteruskan dalam usaha mengintegrasikan laluan bersama Bas Muafakat Johor (BMJ) ke stesen-stesen pengangkutan awam yang lain seperti terminal feri, stesen kereta api dan stesen Sistem Transit Rapid (RTS) di Bukit Chagar, kelak.
 
“Di samping itu, PAJ akan terus memperkukuh kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi meningkatkan keperluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) untuk penduduk luar bandar yang diyakini mampu memberi impak kebolehpercayaan untuk beralih ke pengangkutan awam,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM