Anwar tiba di Vladivostok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Russia.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia).

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Cheong Loon Lai dan menyambut ketibaan bagi pihak Rusia Pengarah Third Asian Department Ludmilla Vorobieva; Timbalan Gabenor Wilayah Primorskii Aleksei Nazdratenko dan Timbalan Datuk Bandar Vladivostok Daria Stegniy.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) berlangsung pada 3 hingga 6 September.

Beliau akan menyampaikan ucapan pada sidang pleno pada 5 September.

Kemuncak lawatan adalah pertemuan dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan Anwar dijangka mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS kerana Russia memegang jawatan Pengerusi BRICS.

Related Posts

KPKM peruntuk RM700,000 laksana inisiatif Kampung Angkat MADANI

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM700,000 bagi pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung Guar Petai, di sini hari ini. Menterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
APSA perlu dipercepat demi jamin keselamatan tenaga ASEAN – PM

CEBU – ASEAN perlu menyegerakan pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA) sebagai langkah memperkukuh daya tahan tenaga serantau susulan ketidaktentuan geopolitik global yang semakin meruncing. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua

KPKM peruntuk RM700,000 laksana inisiatif Kampung Angkat MADANI

KPKM peruntuk RM700,000 laksana inisiatif Kampung Angkat MADANI

Polis kesan pemandu terlibat kemalangan pelajar di Beseri

Polis kesan pemandu terlibat kemalangan pelajar di Beseri

Wakil rakyat jangan muncul dekat pilihan raya sahaja – Tengku Hassanal

Wakil rakyat jangan muncul dekat pilihan raya sahaja – Tengku Hassanal

APSA perlu dipercepat demi jamin keselamatan tenaga ASEAN – PM

APSA perlu dipercepat demi jamin keselamatan tenaga ASEAN – PM

Keluhan pesawah dapat perhatian, dibawa ke peringkat kementerian

Keluhan pesawah dapat perhatian, dibawa ke peringkat kementerian