Penduduk lega capaian telekomunikasi semakin baik

LAHAD DATU – Lebih 1000 penduduk Kampung (Kg) Bangingod termasuk mereka yang tinggal berhampiran kini dapat menarik nafas lega apabila adanya kemudahan akses jaringan telekomunikasi yang semakin baik.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bangingod, Abdul Nasir Rasid berkata, perkara itu disebabkan pembinaan menara telekomunikasi yang kini memudahkan aktiviti harian secara atas talian masyarakat setempat.


“Permohonan kemudahan menara telekomunikasi ini kami pohon melalui saluran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.60 Tungku yang telah dipanjangkan kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk proses kelulusan.

“Bukan sahaja penduduk, Sekolah Kebangsaan (Sk) Bangingod dan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ada di dalam kampung ini juga sangat memerlukan akses telekomunikasi yang baik,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan kesyukuran dan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor atas keprihatinan menyelesaikan masalah telekomunikasi yang dihadapi sejak lebih 30 tahun.

“Saya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan Negeri yang sudah terbukti berjaya menyelesaikan masalah penduduk kampung di sini (Bangingod).

“Semoga lebih banyak lagi keperluan asas untuk manfaat rakyat dapat disalurkan pada masa akan datang,” katanya.

Menurut Nasir, pencawang telekomunikasi itu dibina di Kg Bangingod pada 2023 oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC).

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi