Banjir Senadin: MBM tingkat pemantauan, pastikan sistem saliran berfungsi

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempertingkatkan pemantauan sistem saliran di kawasan Senadin susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan perumahan dan jalan raya di situ, baru-baru ini.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, langkah penyelenggaraan berterusan amat kritikal bagi memastikan semua parit dan longkang berada dalam keadaan optimum untuk mengurangkan risiko banjir kilat.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut mengakui bahawa kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur tidak dapat menjamin sepenuhnya kawasan tersebut bebas banjir sekiranya berlaku taburan hujan luar biasa.

“Faktor jumlah hujan yang sangat tinggi dalam tempoh singkat kadangkala sukar ditampung oleh kapasiti sistem saliran sedia ada.

“Namun, MBM komited menjalankan pemeriksaan berkala bagi memastikan aliran air tidak terhalang, sekali gus melindungi keselamatan serta kesejahteraan penduduk Senadin,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Adam Yii menasihati penduduk agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Beliau turut menyeru kerjasama komuniti untuk bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi meminimumkan risiko saluran tersumbat.

“Dengan perancangan teliti, penyelenggaraan berterusan dan penglibatan aktif penduduk, kita berharap impak banjir di kawasan perumahan dan jalan raya dapat dikurangkan,” ujarnya.

Related Posts

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari blok bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, pada Jumaat. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos