Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

BUTTERWORTH – Kerjasama lebih erat antara pengamal media di negara-negara ASEAN perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan pelaporan yang tepat dan seimbang, selain membantu menangani penularan maklumat palsu yang semakin mencabar landskap media serantau.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, komuniti media memainkan peranan penting dalam mempromosikan kewartawanan yang bertanggungjawab serta menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

Menurut beliau, perkongsian ilmu, amalan terbaik dan pemupukan persefahaman bersama dalam kalangan pengamal media merentasi sempadan negara perlu diperkasa bagi menghadapi cabaran dunia komunikasi yang semakin kompleks.

“Melalui pengukuhan jaringan kerjasama, perkongsian ilmu dan amalan terbaik serta pemupukan persefahaman bersama, komuniti media memainkan peranan penting dalam mempromosikan pelaporan yang tepat dan seimbang.

“Pada masa sama, usaha ini dapat membantu membanteras maklumat palsu serta menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di sini malam ini.

Fahmi berkata, media kekal menjadi nadi yang menghubungkan masyarakat dengan realiti semasa serta berperanan sebagai jambatan antara pembuat dasar dan pelaksana.

Katanya, dalam era aliran maklumat yang bergerak semakin pantas dan pelbagai naratif bersaing untuk mendapatkan perhatian masyarakat, kewartawanan yang berteraskan kebenaran, integriti dan tanggungjawab kekal amat diperlukan.

“Media bukan sekadar menyampaikan maklumat, malah membantu masyarakat memahami sesuatu isu berdasarkan fakta yang sahih dan konteks yang tepat,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran delegasi ASEAN dan tetamu antarabangsa ke HAWANA 2026 yang disifatkan sebagai platform penting bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam kalangan pengamal media di rantau ini.

Menurutnya, sambutan HAWANA bukan sekadar mengiktiraf peranan media sebagai rakan strategik pembangunan negara, malah menjadi wadah memperkukuh tekad untuk terus memartabatkan profesion kewartawanan dalam era digital yang semakin mencabar.

Foto: Buletin Mutiara

Related Posts

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Jangkaan mengenai rombakan kepimpinan PKR yang dilaporkan sejak awal hari ini terjawab apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal kukuh dan stabil meskipun berlaku perkembangan politik di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan. Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat