Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

BUTTERWORTH – Kementerian Komunikasi memberi jaminan akan terus mempertahankan peluang pekerjaan wartawan di negara ini meskipun industri media berdepan pelbagai cabaran termasuk perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tekanan ekonomi yang mendorong sebahagian organisasi mengurangkan tenaga kerja.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memahami cabaran yang sedang dihadapi industri media dan akan terus mencari pendekatan terbaik bagi memastikan kelangsungan profesion kewartawanan.

Menurut beliau, peranan wartawan tidak boleh digantikan sepenuhnya oleh teknologi kerana tugas mereka bukan sekadar menghasilkan berita, sebaliknya bertindak sebagai pengumpul maklumat, sumber primer dan saksi kepada sesuatu peristiwa.

“Bagi saya, wartawan itu sangat penting dan tidak boleh diganti dengan AI.

“Sebab fungsi wartawan adalah menjadi saksi, mengumpul maklumat dan sumber primer berdasarkan disiplin, pengalaman serta keupayaan mengolah maklumat menjadi berita yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pemukiman Media Malaysia 2.0 anjuran Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di sini hari ini.

Fahmi berkata, kementerian juga tidak akan menyokong pembangunan teknologi yang bertujuan menggantikan peranan wartawan dalam penghasilan berita.

Beliau mendedahkan pernah menolak permohonan sebuah entiti yang mahu menggunakan Dana Inovasi Media bagi membangunkan aplikasi AI yang mampu menghasilkan berita secara automatik tanpa pembabitan wartawan.

Katanya, cadangan tersebut dilihat berpotensi mengetepikan profesion kewartawanan apabila aplikasi berkenaan hanya memproses kenyataan rasmi dan menukarkannya terus kepada laporan berita.

“Tanpa wartawan, bagi saya dan bagi pihak kementerian, tidak ada berita. Jadi itulah komitmen saya dan Kementerian Komunikasi untuk menjamin dan mengekalkan pekerjaan wartawan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi menggesa mana-mana syarikat media yang berdepan kesukaran sehingga terpaksa mempertimbangkan langkah pengurangan pekerja supaya memaklumkan perkara itu kepada kementerian bagi membolehkan bantuan bersesuaian dipertimbangkan.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM30,000 kepada GKMM serta RM10,000 kepada setiap kelab media negeri yang bernaung di bawah gabungan itu bagi menyokong pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada pengamal media.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET