Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Khamis menetapkan 13 Ogos depan bagi mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu menghalang Toh Puan Na’imah Abdul Khalid daripada menguruskan aset luar pesisir bernilai lebih RM5.5 bilion yang berada di Jersey.

Permohonan itu membabitkan aset berjumlah AS$157.5 juta (kira-kira RM667 juta) dan GBP85 juta (kira-kira RM4.9 bilion) yang didakwa mempunyai kaitan dengan balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh berkenaan ketika prosiding pengurusan kes yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat serta peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Na’imah.

Bagaimanapun, Na’imah tidak hadir pada prosiding tersebut selepas diberi pengecualian oleh mahkamah.

Menurut SPRM, permohonan yang difailkan pada 25 Jun tahun lalu itu dibuat susulan dakwaan aset berkenaan diperoleh oleh Na’imah atau individu yang mempunyai kaitan dengannya di Malaysia, namun tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Permohonan tersebut difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Ini merupakan permohonan ketiga oleh pihak pendakwaan membabitkan aset luar negara selepas tindakan sama diambil terhadap aset di United Kingdom dan Singapura.

Sebelum ini, pada 19 Jun tahun lalu, SPRM turut memfailkan permohonan bagi menghalang Na’imah, anaknya Muhammed Amir Zainuddin, dua individu, lima syarikat serta mana-mana pihak berkaitan daripada menguruskan wang pelaburan berjumlah GBP21 juta (kira-kira RM121 juta) dan AS$99 juta (kira-kira RM423 juta) yang berada di Singapura.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada 22 Mei lalu menolak permohonan berkenaan.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 30 Jun ini bagi memutuskan permohonan Na’imah untuk membatalkan tindakan SPRM membekukan beberapa bangunan komersial dan kediaman di London, United Kingdom, yang dikaitkan dengan The Ilham Foundation dan dianggarkan bernilai GBP132 juta.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang