UPSR, PT3 penting nilai penguasaan murid secara berstruktur

SERIAN – Kerajaan Sarawak menyatakan sokongan terhadap cadangan untuk mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sebagai penanda aras pencapaian akademik pelajar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, beliau secara peribadi melihat pelaksanaan semula sistem peperiksaan berpusat itu sebagai langkah penting dalam menilai tahap penguasaan murid secara lebih berstruktur.

Menurut beliau, selari dengan keperluan penilaian akademik, Kerajaan Sarawak ketika ini telah melaksanakan Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UPDLP) bagi menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dwibahasa di Sarawak.

“Tahun lalu, UPDLP telah dilaksanakan kepada murid Tahun Enam dan dalam tempoh tiga tahun akan datang, kumpulan pertama pelajar ini dijangka berada di Tingkatan Tiga. Pelaksanaan program ini akan terus dipantau dan ditambah baik mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Lawatan Hari Pertama Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, di sini, pada Isnin.

Mengulas sama ada UPDLP akan diteruskan sekiranya UPSR dan PT3 diperkenalkan semula, beliau menjelaskan kerajaan negeri akan membuat penilaian lanjut selepas dasar tersebut dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat Persekutuan.

“Perkara ini akan diteliti apabila dasar itu diperincikan kelak. Namun, perlu ditegaskan bahawa UPDLP dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Turut hadir Abg Adam Bin Abg Deli, Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; Encik Donald Henry Nohed, Ketua Bahagian Pendidikan bagi mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat; Encik Bunsie Tutom, Pegawai Pendidikan Daerah Serian; Encik Eng Bung Chai, Pengetua SMK Tun Abdul Razak; para pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Serian, para guru serta para pelajar SMK Tun Abdul Razak.

Foto : FB ADUN N. 20 Tarat

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling