RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

KOTA BELUD – Projek menaik taraf Jalan Taginambur-Kamburaon Kadamaian yang melibatkan peruntukan sebanyak RM21.476 juta dijangka siap sepenuhnya pada November 2027 merangkumi kerja pengaspalan jalan sejauh 2.55 kilometer serta pembinaan sebuah jambatan konkrit dua hala.

Majlis Pecah Tanah projek berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick pada Isnin.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian berkata, pihaknya yakin apabila jalan tersebut siap sepenuhnya ia akan memberi manfaat kepada ribuan penduduk, khususnya ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Sekolah Menengan Kebangsaan Narinang dan Sekolah Kebangsaan Taginambur.

“Jalan ini juga akan memberi keselesaan kepada semua pengguna harian termasuk pelancong yang berkunjung ke perusahaan pelancongan di sepanjang jalan ini, di samping menyokong aktiviti ekonomi kampung,” katanya.

Menurut Ewon, kemudahan jalan berturap akan terus menjadi keutamaan beliau selaku wakil rakyat Kadamaian kerana ia merupakan pemboleh ubah penting dalam memacu aktiviti ekonomi rakyat.

“Selain Projek Jalan Taginambur–Kamburaon, beberapa projek pengaspalan jalan utama lain sedang giat dilaksanakan di Kadamaian, termasuk Jalan Sayap, Jalan Tengkurus dan Jalan Podos serta pembinaan dua jambatan konkrit utama iaitu Jambatan Kaung dan Jambatan Malangkap.

“Saya berharap lebih banyak projek naik taraf jalan perhubungan utama dapat dilaksanakan di kawasan DUN Kadamaian pada tahun ini, sejajar dengan keutamaan Kerajaan Sabah untuk memastikan rakyat menikmati kemudahan asas jalan raya yang lebih selesa dan selamat.

“Apabila siap kelak, jalan ini juga akan memberi manfaat kepada penduduk Kampung Barob, Kampung Potomodun, Kampung Tiong Kamburaon, Kampung Tiong Tiong dan Kampung Gontung,” ujarnya.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas penyediaan peruntukan, serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebagai agensi pelaksana dan semua pihak yang terlibat menjayakan projek tersebut.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat