Hajiji ketuai delegasi Sabah pada Permukiman Kerajaan MADANI 2026

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai delegasi dari Sabah menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI 2026 selama dua hari yang berlangsung di Pusat Pembelajaran KWSP Bangi, Selangor bermula Sabtu (10 Januari).

Turut serta dalam delegasi Sabah ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Ariffin Arif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat pada hari pertama permukiman.

Hajiji turut membentangkan kertas perbincangan berkaitan isu semasa kepentingan rakyat dari perspektif Sabah pada hari kedua.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg serta Menteri-Menteri Besar; Datuk Seri Amiruddin Shari (Selangor); Datuk Sri DiRaja Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang); Datuk Onn Hafiz Ghazi (Johor) dan Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak), selain semua menteri Kabinet Persekutuan.

Related Posts

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

PUTRAJAYA – UMNO Sabah menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung penyerahan pelaksanaan projek bekalan air bernilai RM4.06 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

PUTRAJAYA – “I’m home” (Saya sudah pulang). – Demikian hantaran ringkas Khairy Jamaluddin di akaun Instagram malam tadi. Hantaran itu dipercayai merujuk keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai