Penyatuan UMNO–Pas tidak akan kekal, Pas suka ‘kahwin cerai’ politik

CADANGAN penyatuan politik antara UMNO dan Pas disifatkan tidak akan kekal serta hanya bersifat sementara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, sekiranya terdapat perbincangan mengenai penyatuan UMNO–Pas dalam mesyuarat MKT UMNO akan datang, beliau akan menjadi ahli pertama yang menyuarakan bantahan terhadap cadangan tersebut.

“Kalau ada perbincangan penyatuan UMNO-Pas dalam mesyuarat MKT akan datang saya menjadi ahli MKT pertama akan bercakap membantah cadangan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Mohd Puad menegaskan penyatuan atas nama politik bukan idea yang baik kerana bersifat sementara dan akan berakhir dengan kekecewaan.

Menurut beliau, Pas hanya akan menggunakan UMNO untuk mendapatkan kuasa semata-mata sekiranya penyatuan itu direalisasikan.

“Sebabnya, kalau Pas boleh salah guna agama maka apatah lagi dengan UMNO. Pas akan gunakan UMNO hanya untuk mendapatkan kuasa semata-mata,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kerjasama itu kelihatan baik di atas kertas, Pas mempunyai pendekatan politik yang sukar diubah.

“Atas kertas memang cantik. Tetapi Pas ada penyakit politik yang sukar disembuhkan. Pas suka berkahwin cerai politik. Cepat berkahwin tetapi cepat juga bercerai,” katanya.

Mohd Puad berkata, Pas pernah menyertai beberapa gabungan politik termasuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR) dan Perikatan Nasional (PN), namun kesemuanya berakhir dengan perpecahan.

“Masalahnya bila bercerai, gabungan politik itu akan tutup kedai selama lamanya,” katanya sambil menambah bahawa Perikatan Nasional hanya menunggu masa untuk berakhir.

Sehubungan itu, beliau berpandangan kerjasama politik secara longgar adalah lebih sesuai berbanding penyatuan penuh.

“Lebih baik tubuh kerjasama longgar. Ia mesti menyeluruh. Bukan setakat untuk PRU. Kalau kedua pihak ikhlas ia akan kuat dengan sendirinya,” katanya.

Related Posts

Dua Ahli Parlimen antara 56 calon PH PRN Johor

TANGKAK – Dua ahli Parlimen antara 56 calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada Julai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Pas buli Bersatu’, Dewan Rakyat kecoh pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 hari ini bertukar kecoh apabila isu pelantikan semula Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang mencetuskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua Ahli Parlimen antara 56 calon PH PRN Johor

Dua Ahli Parlimen antara 56 calon PH PRN Johor

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri