Hukuman denda, penjara menanti pesalah langgar fatwa guna vape

KUANTAN – Hukuman denda atau penjara boleh dikenakan mulai awal tahun ini, terhadap pesalah yang melanggar fatwa berkaitan penggunaan vape atau rokok elektrik di Pahang.

Peruntukan itu jelas termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, peringatan itu sudah diberikan kepada rakyat Pahang sejak tahun lalu.

“Ia adalah sejajar dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada November 2024 yang mahu penggunaan vape diharamkan secara total,” katanya.

Al-Sultan Abdullah semasa Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2024 bertitah, baginda menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.

Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

Sementara itu, Ahmad Irshadi turut menjelaskan, penggunaan vape atau rokok elektrik adalah diharamkan berdasarkan fatwa dikuatkuasakan di Pahang.

“Mereka yang melanggar fatwa ini boleh dihukum mengikut Seksyen 13 (c) Enakmen Jenayah Syariah
Pahang 2013.

“Sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar