Arsenal lepaskan peluang, seri tanpa jaringan

ARSENAL mensia-siakan peluang keemasan untuk mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 menentang Liverpool di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Walaupun gagal menjaringkan gol di laman sendiri buat kali pertama musim ini, keputusan itu memadai buat The Gunners melebarkan kelebihan kepada enam mata berbanding pencabar terdekat di tangga kedua, Manchester City.

Kegagalan City mencatat kemenangan dalam tiga aksi berturut-turut sepanjang minggu lalu membuka ruang luas buat anak buah Mikel Arteta menghampiri gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 22 tahun.

Suasana di Emirates yang gamat sebelum wisel permulaan bagaimanapun bertukar sedikit hambar apabila pertembungan antara juara bertahan dan pasukan pilihan juara itu gagal memenuhi jangkaan.

Kedua-dua pasukan dilihat bergelut dengan keadaan cuaca buruk susulan Badai Goretti yang membawa hujan lebat serta angin kencang, sekaligus menyukarkan corak permainan.

Liverpool, yang merupakan salah satu daripada dua pasukan yang pernah menewaskan Arsenal musim ini, hampir memecah kebuntuan pada babak pertama menerusi Conor Bradley namun rembatannya sekadar menggegar palang gol.

Bersambung babak kedua, The Reds tampil lebih dominan menguasai bola dan kawasan namun ketiadaan tiga tonggak serangan utama merencatkan ketajaman di hadapan gol.

Ketiadaan Alexander Isak dan Hugo Ekitike yang cedera serta Mohamed Salah yang menyertai Piala Negara-Negara Afrika jelas dirasai pelawat.

Ancaman Liverpool hanya hadir menerusi larian deras Jeremie Frimpong yang kerap menguji pertahanan Arsenal, namun gagal melakukan hantaran akhir yang berkesan.

Peluang terbaik pelawat hadir menerusi sepakan percuma Dominik Szoboszlai yang hampir mengulangi jaringan memukau pada pertemuan terdahulu, namun rembatan derasnya tersasar sedikit pada saat akhir.

Related Posts

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

PENYERANG berbisa Norway, Erling Haaland meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Iraq 4-1 dalam aksi Kumpulan I Piala Dunia, sekali gus memberi amaran awal kepada lawan dalam kejohanan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1

PERANCIS memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan Senegal 3-1 dalam aksi Kumpulan I di Stadium New York New Jersey, awal pagi tadi. Selepas mempamerkan aksi hambar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta