10 Januari: Penamaan calon PRK Kinabatangan, Lamag

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari penamaan calon (HPC) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 10 Januari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, proses penamaan calon akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.

Menurutnya, kertas penamaan calon boleh diserahkan oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua daripada mereka atau oleh mana-mana seorang daripada mereka.

Sehubungan itu, SPR menyarankan bakal-bakal calon yang berhasrat untuk bertanding supaya mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum HPC.

“Pembayaran deposit juga disarankan dibuat lebih awal dan resit pembayaran hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Katanya, bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik pula hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon.

Tambahnya, calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan adalah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang- undang, peraturan, tataetika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar,” ujarnya.

Related Posts

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik secara terbuka menyahut pelawaan untuk berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Maszlee…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat