Jambatan baharu lancarkan pergerakan penduduk Kampung Merapa

MIRI – Penduduk Kampung Merapa kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menikmati laluan keluar masuk yang lebih selamat dan selesa selepas siapnya pembinaan lapan jambatan kayu baharu di kawasan tersebut.

Inisiatif penambahbaikan infrastruktur itu turut melibatkan kerja-kerja membaik pulih jalan batu di pintu masuk utama kampung yang sebelum ini dibina pada tahun 2023.

Tinjauan mendapati, laluan tersebut merupakan nadi utama penduduk setempat merangkumi pelbagai peringkat umur, termasuk kanak-kanak sekolah, golongan pekerja serta warga emas untuk melakukan urusan harian.

Sebelum ini, keadaan jambatan kayu sedia ada dilaporkan mengalami kerosakan dan tidak selesa untuk dilalui, sekali gus mengundang risiko keselamatan kepada pengguna.

Bagi mengatasi masalah itu, sebanyak lapan buah jambatan kayu dengan panjang keseluruhan kira-kira 500 meter telah dibina bagi melancarkan pergerakan penduduk.

Selain pembinaan jambatan, kerja penyelenggaraan jalan batu di laluan masuk turut dilaksanakan bagi memastikan kemudahan itu kekal dalam kondisi terbaik.

Transformasi infrastruktur ini diharap dapat memberikan ketenangan minda kepada ibu bapa dan komuniti Kampung Merapa, selain menjamin keselamatan pengguna laluan tersebut untuk jangka masa panjang.

Foto : Facebook YB Adam Yii

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri