7 pegawai, anggota polis ditahan dipercayai salah guna dadah

KUANTAN – Dua pegawai dan lima anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand hasil serbuan polis di premis perniagaan sekitar Mentakab, dekat Temerloh, kira-kira jam 2.15 pagi.

Beliau berkata, dua pegawai polis ditahan berpangkat inspektor manakala lima anggota lain-lain pangkat berusia antara antara 29 dan 42 tahun turut diberkas dalam serbuan itu.

Katanya, lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand ditahan pula berusia 22 dan 37 tahun.

“Saringan ujian air kencing seorang pegawai dan lima anggota terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo.

“Turut disahkan positif dadah ialah seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand yang ditahan.

“Bagaimanapun hasil saringan air kencing seorang pegawai polis dan seorang lagi wanita warga Thailand didapati negatif dadah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Yahaya berkata, hasil serbuan itu, polis merampas satu paket dadah jenis ketamin seberat 0.98 gram dan satu jag berisi cecair disyaki mengandungi dadah.

Beliau berkata, dua pegawai dan lima anggota terbabit direman dua hari bermula semalam.

Katanya, lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand pula direman empat hari, juga bermula semalam.

“Polis tidak berkompromi dalam kes kesalahan membabitkan pegawai atau anggota dan siasatan sedang dilakukan serta tindakan tegas akan diambil jika mereka terbukti bersalah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau atau kedua-duanya.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun serta denda tidak lebih RM5,000.

Related Posts

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SUNGAI SIPUT – Penubuhan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Nurul Hidayah di Kampung Kenang di sini menjadi mercu tanda penting dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan serta pendidikan Islam dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan seramai 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi penguatkuasaan di 10 premis termasuk kedai makan di sekitar daerah Kota Setar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

Bekas Chef ceburi perniagaan produk sendiri, pasaran menembusi luar negara

Bekas Chef ceburi perniagaan produk sendiri, pasaran menembusi luar negara

10 kawah bubur asyura simbol kesepakatan peneroka FELDA Jengka 24

10 kawah bubur asyura simbol kesepakatan peneroka FELDA Jengka 24

Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

Sabotaj bakar bendera PH di Paloh cubaan takutkan pengundi

Sabotaj bakar bendera PH di Paloh cubaan takutkan pengundi