PMX gesa Maduro, Flores dibebaskan segera

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembebasan segera Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores tanpa sebarang kelewatan yang tidak wajar.

Perdana Menteri berkata, tindakan penahanan itu merupakan satu pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan merupakan penggunaan kekerasan yang tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat.

Menurut beliau, walau apa pun alasannya, penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan yang sedang memegang jawatan melalui campur tangan luar menetapkan satu duluan yang berbahaya.

“Ia menghakis sekatan asas terhadap penggunaan kuasa antara negara serta melemahkan kerangka perundangan yang menjadi asas kepada ketertiban antarabangsa.

“Adalah menjadi hak rakyat Venezuela untuk menentukan masa depan politik mereka sendiri,” katanya menerusi kenyataan ,pada Ahad.

Tambah Anwar, seperti yang telah ditunjukkan oleh sejarah, perubahan kepimpinan secara mendadak akibat penggunaan kekerasan luar akan membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

“Di sebuah negara yang sedia bergelut dengan kesukaran ekonomi yang berpanjangan serta tekanan sosial yang mendalam.

“Malaysia menganggap penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan kedaulatan negara sebagai asas utama kepada hubungan aman antara negara-negara.

“Pendekatan secara konstruktif, dialog dan usaha meredakan ketegangan kekal sebagai laluan yang paling berwibawa ke arah suatu penyelesaian yang melindungi orang awam serta membolehkan rakyat Venezuela mengejar aspirasi sah mereka tanpa kemudaratan lanjut,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan, Maduro dan Flores sudah didakwa di Mahkamah Daerah Selatan New York atas pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk narko-keganasan membabitkan perdagangan dadah haram.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai proses penghantaran Maduro dan Flores ke Amerika Syarikat (AS) atau tarikh perbicaraan masih belum didedahkan pihak berkuasa.

Terdahulu, AS mengesahkan kedua-dua individu berkenaan ditahan susulan serangan berskala besar ke atas Venezuela awal pagi tadi

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK