Tahun Melawat Malaysia 2026: Pemangkin pelancongan dan identiti nasional

Oleh: SITI RAHMAN

Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) merupakan inisiatif strategik negara bagi merancakkan semula sektor pelancongan serta memperkukuh imej Malaysia di persada antarabangsa.

Dengan mengangkat tema “Malaysia Truly Asia”, kempen ini menekankan keunikan kepelbagaian etnik, warisan budaya dan keindahan alam semula jadi yang menjadi identiti nasional Malaysia.

Logo rasmi TMM2026 menggabungkan elemen batik dan Bunga Raya sebagai simbol kebangsaan yang melambangkan keharmonian budaya serta kekayaan tradisi tempatan.

Pelancaran maskot rasmi, iaitu Wira dan Manja daripada spesies Beruang Matahari, turut mencerminkan komitmen Malaysia terhadap pemeliharaan biodiversiti (kepelbagaian biologi) serta nilai keramahan rakyat.

Wira melambangkan keberanian dan semangat pengembaraan, manakala Manja mencerminkan kelembutan dan budi pekerti masyarakat Malaysia.

Malaysia menyasarkan kehadiran 43 juta pelawat antarabangsa pada tahun 2026 melalui penganjuran lebih 300 program melibatkan seni, budaya dan warisan.

Secara keseluruhannya, TMM2026 bukan sahaja berfungsi sebagai platform promosi pelancongan, malah berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi, pemeliharaan budaya dan pengukuhan identiti Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Sumber : Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia.

Related Posts

Usia 15 tahun sudah berjinak dengan dadah sintetik

SEBERANG PERAI – Golongan belia berusia antara 15 hingga 39 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan paling ramai terlibat dalam penyalahgunaan dadah sintetik apabila mencatatkan 84 peratus daripada keseluruhan penagih bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mencatat rekod tersendiri apabila berada di kedudukan ke-12 negara paling aman daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, meningkat satu anak tangga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir