Muafakat Nasional sekadar bawa ‘luka politik’ lama

CADANGAN Pas untuk kembali bersama UMNO menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) disifatkan sebagai langkah yang tidak membawa sebarang makna strategik dalam realiti politik semasa, malah berpotensi merugikan UMNO serta parti-parti komponen lain.

Pemerhati politik, Norman Daud berkata, MN pada hakikatnya hanyalah kenangan lama yang gagal membuktikan kejayaan ketika pernah diwujudkan sebelum ini.

Beliau berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas secara langsung akan mengecilkan ruang politik UMNO di kawasan majoriti Melayu kerana kedua-dua parti berkongsi segmen pengundi yang sama.

“Dalam situasi ini, siapa yang akan mengalah? Semua pihak merasakan mereka adalah parti paling dominan. Mengalah bukan satu pilihan yang mudah untuk diterima oleh penyokong masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Norman turut mempersoalkan rasional sesetengah pemimpin UMNO, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang dilihat cenderung untuk kembali bekerjasama dengan Pas menerusi MN.

Beliau berkata, jika Bersatu diketepikan daripada MN, realitinya Pas kini jauh lebih dominan berbanding UMNO dari segi jentera, kekuatan akar umbi, disiplin parti serta penguasaan naratif agama.

“Dalam keadaan ini, UMNO bukan masuk sebagai rakan setara, sebaliknya berisiko menjadi ‘side kick’ kepada Pas. Persoalannya, adakah UMNO sanggup menerima hakikat tersebut?” katanya.

Mengulas sejarah hubungan kedua-dua parti, Norman menegaskan UMNO dan Pas merupakan seteru politik sejak sekian lama, lahir daripada asas perjuangan yang berbeza iaitu nasionalisme Melayu dan idealisme agama.

“Pertembungan mereka bukan sekadar soal kerusi, tetapi berkait dengan persoalan siapa paling layak mewakili Melayu dan Islam.

“Luka politik ini terlalu dalam dan tidak boleh dipadamkan hanya dengan jenama MN,” katanya.

Tambah beliau, pengalaman MN versi terdahulu juga tidak menunjukkan kejayaan memberangsangkan, sebaliknya berakhir akibat perebutan kuasa dan soal dominasi antara parti.

Norman turut memberi amaran bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya UMNO cuba membawa MCA dan MIC menyertai MN, khususnya kepada MCA yang berdepan realiti penolakan besar pengundi Cina terhadap Pas.

“Lebih 90 peratus pengundi Cina menolak Pas. Jika MCA dilihat bersama Pas walaupun atas nama MN, mesejnya jelas bahawa MCA sanggup menggadaikan prinsip demi kelangsungan politik. Dalam politik pengundi Cina, itu hukuman mati,” katanya.

Katanya, langkah sedemikian hanya akan menguntungkan Pas yang mempunyai asas sokongan ideologikal kukuh, manakala UMNO, MCA dan MIC berisiko semakin mengecil atau hampir lenyap.

“Jika itu yang dinamakan strategi, ia sebenarnya strategi membunuh parti sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Norman menegaskan pandangannya hanyalah sebagai pemerhati luar dan terpulang sepenuhnya kepada kepimpinan parti-parti terbabit untuk membuat keputusan masing-masing.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan