TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, tindakan segera itu perlu dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesan musim kemarau yang menjejaskan sektor pertanian, khususnya pesawah dan peladang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan di utara Kedah didapati mengalami tempoh kering yang lebih lama daripada kebiasaan.

“Kita sedar di utara Kedah terutamanya menghadapi musim kemarau yang agak lebih panjang daripada biasa. Itu menyebabkan kesukaran peladang dan juga pesawah.

“Kita telah mengarahkan pembenihan awan ditingkatkan oleh TUDM dan saya juga minta JBPM yang mempunyai keupayaan yang relatif lebih kecil … meneruskan kegiatan (pembenihan awan) dalam beberapa hari ini,” kata beliau pada sidang media Taklimat Krisis Bekalan Global di sini, hari ini.

Semalam, beliau turut mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mempercepat pelaksanaan operasi pembenihan awan di negeri yang berada pada tahap kritikal, khususnya Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut merupakan keperluan segera susulan keadaan cuaca semasa, selain mencadangkan penggunaan teknologi dron bagi membantu melancarkan operasi berkenaan.

Foto: Kementerian Pertahanan

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi